Diskografi Kumpulan Grand

Kumpulan ini bermula dengan Joe dan Jun yang merupakan rakan sekolah berhasrat menubuhkan sebuah kumpulan muzik bagi meneruskan cita-cita muzik mereka.

Mereka kemudian berusaha mendapatkan penyanyi yang sesuai dengan citarasa muzik mereka namum usaha mereka sering gagal disebabkan ramai penyanyi yang di uji kurang keserasian sehinggalah mereka diperkenalkan dengan Amy yang juga di uji oleh mereka dan terbukti terdapat keserasian bersama.

Seorang rakan kepada mereka iaitu Kutik yang merupakan bekas penyanyi kepada kumpulan muzik mereka yang terdahulu mencadangkan adiknya iaitu Zaid kepada mereka sebagai pemain drum dan terbukti terdapat juga keserasian semasa mereka berlatih bersama.

Kumpulan ini dilengkapi dengan kehadiran Yus sebagai pemain gitar kedua yang juga merupakan bekas pemain gitar kepada Zaiduntuk kumpulan muziknya yang terdahulu.

Grand melangkah ke industri muzik tempatan menerusi album pertama mereka Gema Gempita terbitan dan edaran oleh Fantasia Music City. Mereka mula popular menerusi lagu Rahsia di sebalik Hati ciptaan Patrick Kamis.

Selepas 10 tahun , Grand di jangka akan terbit dengan album ke-2 yang masih dalam proses pembikinan. Namun untuk album yang masih belum di beri judul ini, Grand akan menerbitkan secara sendiri disebabkan oleh kontrak mereka dengan Fantasia Music City telah tamat.